19 mayat rakyat Mesir ditemui

0
43


PENDATANG asing menaiki bot selepas mereka diselamatkan oleh pengawal Libya di Mediterranean. Foto EPA

BENGHAZI: Pekerja bantuan Libya menemui mayat 19 pendatang asing dipercayai rakyat Mesir di kawasan timur padang pasir negara itu, hari ini.

Seorang jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah di Tobruk, Khaled al-Raqi berkata, kesemua pendatang itu dipercayai diseludup masuk ke Libya dengan berjalan kaki dan meninggal dunia akibat kepanasan melampau serta kebuluran.

Al-Raqi berkata, mangsa ditemui semalam, lebih 400 kilometer di selatan Tobruk, di padang pasir Jaghboub.

“Tujuh daripada pendatang dikenal pasti berdasarkan dokumen atau kad pengenalan manakala yang lain dianggap rakyat Mesir berdasarkan penampilan mereka,” katanya.

Katanya, tujuh rakyat asing itu berasal dari Assiuyt dan Minya, kawasan di sekitar Sungai Nil di selatan Kaherah dan dari Kafr el Sheikh, di Delta Nil di utara ibu kota Mesir.

Stesen televisyen Libya, Alaan menyiarkan rakaman kakitangan Bulan Sabit Merah Libya mengeluarkan mayat dari belakang trak sebelum memasukkannya ke dalam beg khas.

Pendatang Mesir sering menjadikan Libya sebagai lokasi transit sebelum menyambung perjalanan ke benua Eropah demi mengejar masa depan lebih cerah. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here