1MDB buat bayaran tranche kedua penuh kepada IPIC

0
58

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran tranche kedua secara penuh, yang dijadual pada tarikh akhir 31 Ogos, 2017 kepada International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC).

“Pembayaran itu adalah tertakluk kepada pindaan bertarikh 8 Ogos, 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC,” menurut 1MDB dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dana pembayaran itu adalah hasil program rasionalisasi berterusan, menurutnya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here