1MDB: Peguam Negara sahkan ada arahan untuk siasatan lanjut

0
160
Advertisement

KUALA LUMPUR: Siasatan lanjut yang sedang dibuat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jabatan Peguam Negara adalah kerana masih ada aspek dalam kes terbabit yang ingin dilihat secara lebih mendalam.

Namun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak dapat mendedahkan butirannya memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Kertas siasatan sentiasa dirujuk kepada kami dan selepas diteliti, sekiranya ada yang kami rasakan tidak cukup di bahagian tertentu, kami akan arahkan untuk siasatan lanjut.

“Namun, aspek tersebut saya tidak boleh kongsikan kerana ianya sulit memandangkan siasatan masih berjalan,” kata beliau pada  majlis menyerah sumbangan Tabung Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Aras 3, Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman dalam satu jawapan bertulis di Parlimen berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan Peguam Negara pada 24 Oktober lalu.

Kenyataan itu dibuat dalam jawapan bertulis kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pada sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Gobind sebelum itu  bertanyakan status siasatan 1MDB dan mengapa terdapat kelewatan dalam melengkapkan siasatan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here