1MDB, satu Malaysia dalam bahaya – Dewan Ulama PAS

0
67



MUKTAMAR | Dewan Ulama PAS hari ini mendesak agar siasatan penuh dijalankan semula ke atas skandal firma pelaburan negara 1MDB yang menyaksikan negara kehilangan jumlah wang tang teramat besar.

Ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamad, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya terus berada dalam sindrom penafian.

“1MDB, satu Malaysia dalam bahaya. Pelabur mula hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan dalam menangani krisis 1MDB.

“Ini apabila ia sukar membayar hutangnya yang diselaputi riba yang diharamkan. Dewan Ulama PAS mendesak kerajaan agar tidak terus berada dalam sindrom penafian.

“Penyiasatan sangat diperlukan dan mereka yang bersalah dituntut dihukum jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Darul Ulum, Kedah.

Turut hadir merasmikan muktamar Dewan Ulama ialah Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yaakob.

Menurut Mahfodz, memandangkan pihak berkuasa di Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat telah mempunyai beberapa petunjuk yang membuktikan berlakunya penyelewengan dalam 1MDB, kerajaan perlu bebas dari sindrom penafian.

Selain itu, bercakap mengenai riba, Mahfodz berkata, dengan pelbagai hutang yang ditanggung kerajaan yang turut melibatkan riba, beliau berpendapat tindakan itu seperti mengundang ‘peperangan’ dengan Allah.

Mahfodz yang memetik surah al-Baqarah ayat 278 dan 279 berkata, ini kerana Allah tidak menyukai mana-mana hambanya yang mengamalkan riba.

“Lebih membimbangkan, kerajaan pada 2016 terpaksa membayar bunga sebanyak RM27 bilion di atas hutang-hutang kerajaan yang majoritinya beraskan riba.

“Jelaslah kerajaan Umno, BN ini sengaja mengundang peperangan dengan Allah dan menolak keberkatan dalam negara,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here