2 lagi warga China diculik di Pakistan

0
49


ISLAMABAD: Dua warga China yang bekerja di Pakistan, diculik di bandar Quetta, hari ini.

Jurucakap wilayah Baluchistan, Quetta, Anwar ul Haq Kakar, berkata penculikan itu adalah serangan terbaharu terhadap pekerja dari China.

Insiden itu, katanya, meningkatkan kebimbangan mengenai rancangan pelaburan negara itu di Pakistan.

“Pasangan itu diculik dan pengawal peribadi mereka cedera dalam insiden itu,” katanya.

Sebelum ini, Kedutaan China di Pakistan dan pegawai lain menggesa Islamabad meningkatkan keselamatan, terutama di Baluchistan, di mana China membina pelabuhan baharu dan jalan raya.

Ia adalah sebahagian daripada projek Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai AS$57 bilion (RM244 bilion), yang akan menghubungkan barat China dengan pantai Laut Arab Pakistan. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here