2 maut diserang lelaki sakit mental

0
43


SHANGHAI: Seorang lelaki bersenjatakan pisau disyaki sakit mental membunuh dua orang dan mencederakan 18 lain di China, lapor agensi Xinhua.

Xinhua berkata, seramai 20 mangsa dibawa ke hospital selepas serangan semalam di wilayah Guizhou di barat daya China, namun dua daripadanya maut. Ia bagaimanapun tidak memberi sebarang butiran mangsa.

Jenayah ganas jarang berlaku di China berbanding negara lain, namun berlaku siri serangan pisau dan kapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, majoriti menyasar kanak-kanak.

Penyerang berusia 30-an, ditahan polis dan kes itu kini disiasat.

Xinhua memetik bapa suspek sebagai berkata, anak lelakinya mempunyai sejarah sakit mental.

Januari lalu, seorang lelaki mencederakan 11 kanak-kanak dengan sebilah pisau di sebuah tadika di rantau Guangzi manakala tujuh lagi kanak-kanak cedera dalam serangan November oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di kawasan lain. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here