2 maut gempa bumi di Filipina

0
18


MANILA: Sekurang-kurangnya dua orang maut susulan gempa bumi kuat 6.5 magnitud yang melanda di bahagian di tengah Filipina, dengan lebih lima mangsa dilaporkan masih terperangkap dalam sebuah bangunan komersial.

Menurut polis, seorang perempuan berusia 18 meninggal dunia selepas ditimpa serpihan yang terjatuh di Bandar Ormoc, pulau Leyte terletak berhampiran pusat gempa itu.

Timbalan Datuk Bandar Leyte, Elmer Codilla memberitahu AFP, di lokasi lain anggota penyelamat berjaya menarik keluar lapan mangsa masih hidup dan menemui satu mayat di bandar Kananga yang juga terletak di pulau Leyte.

“Lapan mangsa berjaya diselamatkan. Semuanya berada di hospital,” katanya sambil enggan menyebut sama ada kecederaan mereka teruk. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here