2 mayat disumbat dalam beg baju

0
19


TOKYO: Dua mayat ditemui disumbat dalam beg baju ditinggalkan di kawasan hutan pergunungan berhampiran ibu kota ini, disyaki dua adik beradik dari China, lapor media hari ini.

Pegawai polis dilaporkan menemui mayat dilipat ke dalam beg di dua kawasan berasingan dalam hutan lewat semalam.

Menurut laporan, polis mengesyaki mayat terbabit adalah dua pekerja restoran wanita China, berusia 22 dan 25 tahun yang tinggal di Yokohama dan hilang sejak minggu lalu.

Seorang lelaki berusia 30-an yang dirakam dalam kamera pengawasan di pangsapuri adik beradik itu sebelum mangsa hilang dikenal pasti sebagai suspek.

Polis daerah Kanagawa enggan mengulas penemuan itu apabila dihubungi AFP.

Kes pembunuhan kejam sering menjadi tajuk utama media Jepun walaupun negara itu dianggap antara paling selamat di dunia dengan kadar pembunuhan kurang seorang bagi setiap 100,000 penduduk setahun.

Tahun lalu, mayat seorang wanita China yang dilaporkan hilang selama dua tahun ditemui dalam sebuah beg, terapung di terusan ibu kota ini.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here