2 pasukan juara julang trofi minggu ini

0
96
Advertisement



DUA pasukan yang bergelar juara divisyen satu dan dua musim ini akan menjulang trofi yang dimenangi mereka pada aksi masing-masing yang berlangsung, minggu ini.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima trofi pada aksi bertemu Kelantan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.

Skuad bimbingan Raul Longhi itu mengesahkan kejuaraan mereka selepas menundukkan Perak 2-1 di laman lawan, 10 Julai lalu.

Ia adalah kejuaraan kelima berturut-turut buat skuad Harimau Selatan itu sekali gus menyaksikan mereka mencipta sejarah baru dalam saingan bola sepak tempatan.

Status selaku juara Liga Super musim ini juga membolehkan mereka mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim depan.

Sementara itu, juara Liga Perdana, FELDA United pula akan merangkul trofi pada aksi bertemu PDRM di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Sabtu ini.

Skuad The Fighters muncul juara selepas menewaskan Sarawak 3-1, semalam.

Skuad bimbingan B Sathianathan itu hanya memerlukan semusim saja untuk kembali beraksi dalam saingan elit bola sepak tempatan selepas menyertai Liga Perdana awal musim ini.

Ia susulan kegagalan FELDA United melengkapkan dokumen membabitkan penyata kewangan pasukan sekali gus tidak diberi lesen untuk bertanding dalam Liga Super 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here