2 pengarang kanan The Star digantung tugas

0
73



Akhbar The Star menggantung tugas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Leanne Goh, dan pengarang eksekutif, Dorairaj Nadason, bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat.

Ia ekoran siaran muka depan akhbar itu pada 27 Mei lalu yang mencetuskan kontroversi.

Memetik kenyataan dikeluarkan hari ini, tugas Goh dan Dorairaj sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Siasatan itu, kata kenyataan berkenaan, akan dijalankan secepat mungkin.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarang Urusan Star Media Group Datuk Seri Wong Chun Wai akan menjadi pengarang penyelia sepanjang tempoh berkenaan.

[Berita lanjut menyusul]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here