2 rakyat Iran mati ditembak di Turki

0
65


ISTANBUL: Dua rakyat Iran maut ditembak oleh beberapa individu memakai topeng yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka, di sini, lewat semalam, lapor agensi berita tempatan.

Agensi berita Dogan melaporkan, kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai S.K dan M.M menaiki kereta mewah di Maslak, iaitu bandar yang terletak di wilayah Eropah ketika sebuah jip menghalang laluan mereka.

Laporan itu turut mengatakan penyerang keluar daripada kenderaan lalu melepaskan tembakan ke arah kenderaan mangsa.

S.K dilaporkan mati di tempat kejadian disebabkan kecederaan yang dialaminya, manakala M.M meninggal dunia di hospital. Menurut laporan, penyerang berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung identiti mangsa dalam laporan terbabit. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here