2 tali barut Israel dihukum mati di Gaza

0
33


GAZA: Mahkamah Palestin di Gaza yang ditadbir Hamas menjatuhkan hukuman mati ke atas dua lelaki kerana menjadi pengintip Israel.

Kementerian Dalam Negeri berkata, tiga lelaki disabitkan, termasuk dua dihukum mati, kerana mengintip untuk penceroboh dan seorang lagi dihukum penjara seumur hidup dengan melakukan kerja berat.

Mereka tidak dinamakan tetapi kementerian, dalam kenyataan berkata kedua-dua yang dihukum mati itu dilahirkan pada 1985 dan 1964.

Hamas mentadbir Semenanjung Gaza sejak 2007 dan mengharungi tiga peperangan menentang Israel.

Mei lalu, tiga lelaki yang dituduh bersubahat dengan Israel dalam pembunuhan tokoh kanan Hamas di Gaza, menjalani hukuman mati.

Pada April, tiga lagi menjalani hukuman mati kerana dituduh menjadi pengintip Israel.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here