20 etnik Uighur loloskan diri dari pusat tahanan di Selatan Thai

0
22

SONGKLA: Sejumlah 20 orang dari etnik Uighur meloloskan diri daripada sebuah pusat tahanan Imigresen di Sadao, wilayah Songkla awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Imigresen Sadao Kapt Surasak Siripan berkata kejadian berlaku kira-kira 2 pagi (waktu tempatan) setelah mereka memecahkan dinding bilik tahanan.

“Kesemua mereka sedang dalam proses penghantaran semula ke negara asal,” katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, kesemua etnik Uighur itu ditahan pihak berkuasa Thailand pada 2014.

Lima orang lagi etnik Uighur yang turut berada dalam pusat tahanan itu tidak melarikan diri.

Surasak berkata, pihak berkuasa selatan Thailand telah mengerahkan anggota keselamatan untuk memburu mereka yang melarikan diri itu, di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk menggunakan anjing pengesan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here