20 maut dalam serangan di Mesir

0
50


KAHERAH: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah bas yang membawa penduduk Kristian di selatan Kaherah dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, menurut media dan pihak berkuasa tempatan.

“Lebih 20 mangsa maut dan lebih 20 yang lain cedera,” kata seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Mesir.

Serangan di wilayah Minya berlaku selepas insiden pengeboman gereja pada Disember dan April lalu yang meragut nyawa puluhan penganut Kristian Koptik.

Militan Daesh yang mendakwa melakukan serangan berkenaan, mengancam melancarkan lebih banyak serangan ke atas minoriti Kristian di negara Arab itu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here