2,000 hadir berbuka puasa bersama PM

0
39



Putrajaya: Lebih 2,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan turut disertai menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri, duta, pemimpin kanan kerajaan dan perwakilan asing.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, barisan menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 100 anak yatim dari dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi, Rumah Anak Yatim Al -Fateh, Kajang dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh, Selangor.

SHARE
Previous articlePertembungan hidup mati
Next articleCapai KPI 100%

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here