20,000 rakyat M'sia mati akibat penyakit berkaitan rokok

0
42



Kira-kira 20,000 rakyat negara ini dianggarkan mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun dan keadaan itu membimbangkan berikutan bilangan perokok dijangka semakin meningkat, kata Naib Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader.

Beliau berkata tembakau terus menjadi penyebab utama terbesar dunia yang menyumbang kepada kematian tahunan.

“Jika mereka semua merokok sekotak 20 batang setiap hari, rakyat Malaysia telah merokok 4.6 juta batang rokok sehari dan bayangkan kesannya ke atas ekonomi keluarga dan negara,” katanya pada sidang media bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia di George Town, hari ini.

Mohideen berkata purata perbelanjaan rokok bagi setiap perokok dianggarkan RM178.8 sebulan dan jumlah itu memberikan impak besar dalam perbelanjaan sesebuah isi rumah.

Katanya, penggunaan rokok elektronik atau vape juga patut dihentikan dan kerajaan perlu berpendirian lebih tegas dengan mengambil langkah mengharamkan vape.

“Walaupun ada hujah mengatakan bahawa rokok elektronik membantu perokok berhenti merokok, ia juga menggalakkan mereka untuk merokok menggunakan peranti ini dengan kepercayaan bahawa ia kurang berbahaya,” katanya.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here