21 Februari diisytihar 'Hari Mugabe'

0
20

KERAJAAN Zimbabwe mengumumkan tarikh 21 Februari sebagai ‘Hari Belia Kebangsaan Robert Gabriel Mugabe’.

Tarikh yang jatuh pada hari lahir bekas presiden itu diisytiharkan sebagai cuti umum bagi seluruh negara itu.

Sementara itu, presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa dijangka membentuk kabinet minggu ini.

Minggu lalu, Mugabe meletak jawatan selepas hampir empat dekad memegang tampuk pemerintahan.

Krisis di negara itu bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat Mnangagwa yang merupakan timbalannya, awal bulan ini.

Perkara ini tidak disenangi pihak tentera negara itu yang melihatnya sebagai cubaan untuk melantik isterinya sebagai pengganti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here