22 cedera selepas lantai kelab malam di Tenerife runtuh

0
18

SERAMAI 22 pengunjung dilaporkan cedera selepas lantai di sebuah kelab malam di Tenerife, Sepanyol runtuh.

Kejadian di Butterfly Disco Pub pada jam 2.30 pagi Ahad waktu tempatan itu menyebabkan beberapa pengunjung terjatuh ke tingkat bawah tanah bangunan tersebut.

Mangsa dilaporkan terdiri daripada beberapa negara Eropah termasuk Sepanyol, Perancis, Britain, Romania dan Belgium dan kebanyakkannya mengalami patah tulang.

Kelab malam itu terletak di dalam sebuah pasar raya di Playa de las Americas yang popular dengan pelancong.

Menurut kenyataan kerajaan tempatan, dua mangsa dikatakan dalam keadaan kritikal.

Tambahnya lantai seluas empat meter persegi runtuh kira-kira satu tingkat.

Pasukan kecemasan dikejarkan tempat kejadian dan mengambil beberapa jam bagi mengeluarkan mangsa daripada bawah timbunan batu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here