22 maut rumah terbakar di China

0
40


FOTO hiasan.

BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh apabila sebuah rumah di wilayah Jiangsu di China terbakar, hari ini.

Agensi berita rasmi Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan berkata, kebakaran berlaku sebelum waktu subuh pagi tadi di sebuah rumah dua tingkat di pekan Yushan dalam bandar Changshu.

“Tiga orang lagi tercedera dalam kebakaran itu. Api berjaya dipadamkan dan siasatan menyeluruh sedang berjalan untuk mengenal pasti punca kebakaran,’ kata agensi itu. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here