235 terbunuh, lebih 125 cedera serangan masjid di Mesir

0
24

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 235 terbunuh manakala lebih 125 yang lain cedera  dalam satu letupan di sebuah masjid di wilayah Sinai, Mesir.

Serangan yang dilakukan ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertangungjawab atas serangan berkenaan.

Saksi juga menyatakan penyerang melepaskan tembakan ke arah para jemaah.

Sementara itu stesen televisyen tempatan mengesahkan, Kerajaan Mesir mengisytiharkan tiga hari sebagai hari berkabung selepas serangan tersebut.

Berita Lanjut Menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here