24 hilang dalam tanah runtuh di Kyrgyzstan

0
50


MOSCOW: Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah perkampungan dekat barat daya Kyrgyzstan hari ini.

Tanah runtuh akibat hujan lebat itu memusnahkan sebelas kediaman di perkampungan di daerah Uzgen di Osh pada jam 1.20 pagi waktu tempatan hari ini.

Angka sebenar mangsa tanah runtuh masih belum diketahui.

Menurut kerajaan tempatan, orang ramai di kawasan itu menerima amaran mengenai risiko tanah runtuh dan dinasihatkan untuk meninggalkan kawasan itu.

Mereka yang tidak mahu berpindah menandatangani satu dokumen menyatakan mereka sudah dimaklumkan mengenai bahaya itu.

Lebih 180 kakitangan Kementerian Kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus itu.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 25 tanah runtuh dilaporkan di wilayah Osh di negara Asia Tengah itu, menyebabkan kematian enam mangsa. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here