24 premis kena kompaun RM9,500

0
66



Nilai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengenakan kompaun RM9,500 ke atas 24 pemilik premis dalam operasi di Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Saifulbahri Abd Kadir berkata, pihaknya menerima maklumat awam berkaitan kesalahan perniagaan mengerahkan 13 anggota ke lokasi pada 4 petang.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa Ahmad Safwan Abd Aziz memeriksa 44 premis membabitkan kedai permaidani, barangan aksesori dan kain.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kami mengenal pasti 24 premis melakukan beberapa kesalahan. Ia membabitkan tidak meletakkan tanda harga, alat sukat yang tidak ditentusahkan dan notis jualan murah mengelirukan,” katanya.

SHARE
Previous articleKempunan…
Next articleCemas hilang 7 jam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here