25 maut, 42 hilang banjir di Sri Lanka

0
40


COLOMBO: Banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang hari ini, sementara puluhan mangsa lain dilaporkan hilang.

Pihak berkuasa ketika tentera menggunakan bot dan helikopter membantu operasi menyelamat.

Musim hujan lebih awal memaksa ratusan penduduk berpindah di seluruh negara kepulauan di Lautan Hindi itu.

“Ada sekurang-kurangnya lima insiden tanah runtuh dilaporkan di Kaluthara. Operasi menyelamat masih berjalan,” kata jurucakap polis, Priyantha Jayakody merujuk daerah paling teruk terjejas di pesisir barat pulau itu.

Pusat pengurusan bencana Sri Lanka memaklumkan, 25 maut manakala 42 lagi mangsa lain masih hilang.

Jurucakap tentera, Roshan Senevirathne berkata, kira-kira 400 anggota tentera dikerah menaiki bot dan helikopter untuk membantu polis dan agensi awam.

Kebiasaannya musim hujan tahunan di Sri Lanka adalah ketika monsun selatan, bermula bulan ini hingga September. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here