26 cedera gerabak 'rollercoaster' bertembung

0
41


MADRID: Sekurang-kurangnya 26 pengunjung cedera dalam pertembungan antara dua gerabak ‘rollercoaster’ di salah satu taman tema tertua Sepanyol hari ini.

Kemalangan di Parque de Atracciones di Madrid itu ketika satu gerabak yang baru menamatkan satu pusingan gagal berhenti, dan menghentam belakang satu gerabak lain yang baru hendak meninggalkan stesen.

“Dua puluh enam pengunjung cedera setakat ini, semuanya sekadar cedera ringan, kebanyakannya mengalami lebam.

“Pesakit dibawa ke hospital untuk diperiksa lebih teliti,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Permainan ‘rollercoaster’, TNT Tren de la Mina, mencapai ketinggian 17.5 meter dan bergerak menerusi air terjun pada kelajuan maksimum 55 kilometer sejam.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here