28 maut, 130 cedera pertempuran di Tripoli

0
48


ASAP hitam kelihatan berikutan pertempuran sengit antara tentera dan kumpulan militan di Tripoli. – Foto AFP

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 28 maut dan hampir 130 lagi cedera dalam pertempuran sengit antara tentera dan kumpulan militan di sini.

Tripoli digegarkan dengan perebutan kuasa antara puluhan militia sejak kebangkitan rakyat didalangi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), menumbangkan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, pada 2011.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Anwar Frajallah, memberikan angka kematian seramai 28 orang, manakala 128 cedera, tetapi tidak menyatakan sama ada mangsa termasuk penduduk awam.

Pegawai Keselamatan Kerajaan Perpaduan Libya (GNA), Hashem Bishr, memberikan angka berasingan iaitu 23 tentera kerajaan terkorban dan lebih 29 lagi cedera.

Sumber perubatan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan angka berkenaan.

Di selatan Tripoli, kumpulan bersenjata yang setia kepada GNA menyerang penjara dan menahan pegawai kanan rejim Gaddafi, kata sumber perundangan.

Pengawal di penjara Al-Hadhba dipaksa berundur selepas serangan, kata sumber yang enggan dikenali sambil menambah dua pengawal maut dalam kejadian itu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here