29 militan Daesh diberkas di Istanbul

0
12


FOTO hiasan.

ANKARA: Kira-kira 29 orang dipercayai militan Daesh ditahan polis Turki di Istanbul dan daripada jumlah itu, kira-kira 22 orang adalah warga asing, yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke Syria.

Agensi berita tempatan, Anadolu, berkata operasi yang dijalankan oleh polis antipengganas di 20 lokasi berbeza di enam bandar itu turut menemui satu senjata tidak berlesen dan dokumen milik kumpulan militan.

Sejak beberapa tahun lalu, Turki menjadi laluan utama ratusan militan yang mahu menyertai kumpulan pengganas di Syria dan Iraq.

Malah, menurut pegawai Turki, lebih 5,000 suspek militan Daesh sudah ditahan dan Ankara turut menghantar pulang kira-kira 3,290 anggota militan warga asing dari 95 negara sejak beberapa tahun lalu.

Pada masa sama, Turki turut menghalang kemasukan sekurang-kurangnya 38,269 individu untuk masuk ke negara itu.

Rabu lalu, polis Turki menahan enam suspek militan Daesh yang merancang untuk menyerang perarakan yang diketuai parti pembangkang utama negara itu. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here