'3 AM Bangkok Ghost Stories' ditayangkan 28 Oktober

0
89
Advertisement

PETALING JAYA: Stesen televisyen Astro mahu menjadi perintis kepada program dan rancangan bertemakan seram di rantau Asia menerusi kandungan yang ditawarkan di saluran BOO (404).

Memulakan usaha tersebut, BOO muncul dengan 3 A.M. Bangkok Ghost Stories yang bakal ditayangkan pada 28 Oktober ini.

“Saluran BOO mahu menjadi landasan untuk memaparkan karya seram berkualiti di rantau Asia kerana banyak cerita mistik yang boleh ditampilkan.

“Cerita seram sememangnya mendapat tempat di hati penonton semenjak sekian lama dan kami mahu menjadi peneraju kandungan seram di rantau ini.

“Untuk merealisasikan harapan ini, kami muncul dengan siri original pertama yang berjudul 3 A.M. Bangkok Ghost Stories.

“Siri ini menjadi usaha pertama dan merupakan hasil kerjasama bersama pengeluar kandungan terkemuka Thailand, Five Star Production,” kata Henry Tan selaku Ketua Pegawai Operasi Astro.

Henry ditemui sewaktu majlis pelancaran dan tayangan siri seram pertama saluran BOO iaitu 3 A.M. Bangkok Ghost Stories di TGV One Utama, semalam.

3 A.M. Bangkok Ghost Stories merupakan siri seram 13 episod yang pasti meremangkan bulu roma para penonton! Mula ditayangkan pada 28 Oktober 2017 di saluran Boo (404), setiap episod akan muncul dengan cerita berdasarkan kisah mistik yang berlaku pada jam 3 pagi.

Disamping itu, francais BOO akan memperluaskan jenamanya ke aktiviti-aktiviti on-ground, termasuk BOO Night Run yang akan diadakan pada 28 Oktober, 7pm di MAEPS, Serdang. Pendaftaran bagi larian penuh keseraman ini masih terbuka untuk mereka yang berminat.

Dengan tayangan filem baharu setiap Jumaat, dan episod baharu siri BOO Originals setiap Sabtu, barisan judul-judul seram dan mistik pasti akan memberikan para penonton keluhan yang menakutkan.

Judul-judul BOO juga boleh didapati di on demand dan pelanggan Astro digalakkan untuk menyambungkan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses BOO’s 3 A.M Bangkok Ghost Stories bagi kemudahan tontonan mereka, atau mereka boleh menontonnya pada on demand di Astro Go selain Astro saluran 404.

Para pelanggan Astro boleh menikmati saluran BOO dengan kadar bayaran bulanan RM6.35/bulan (termasuk GST). BOO juga boleh dinikmati oleh pelanggan NJOI melalui Prabayar NJOI pada harga RM16.90 (termasuk GST) untuk 30 hari dan pada RM5.30 (termasuk GST) untuk tiga hari; dan, untuk NJOI Now untuk akaun pautan NJOI. Untuk maklumat lanjut bagi melanggan saluran BOO, sila layari laman web www.astro.com.my/boo or Astro Channel 200.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here