3 lelaki didakwa terbabit keganasan di London

0
47


LONDON: Tiga lelaki dihadapkan ke mahkamah, di sini selepas didakwa terbabit dengan rangkaian keganasan di Britain.

Menurut polis, semua lelaki terbabit berasal dari timur London, ditahan minggu lalu sebelum insiden pengeboman di Manchester, yang mengorbankan 22 mangsa.

Umar Ahmed Haque, 24, didakwa atas tuduhan merancang tindakan keganasan di antara 25 Mac hingga 18 Mei, selain beberapa lagi pertuduhan tambahan.

Muhammad Abid, 27, didakwa kerana mempunyai maklumat yang boleh membantu polis memberkas dan mendakwa Umar, manakala Abuthaher Mamun, 18, dituduh dengan niat membantu individu lain melakukan keganasan. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here