3 maut dalam nahas helikopter Grand Canyon

0
2578
Advertisement

ARIZONA: Tiga terbunuh manakala empat lagi terselamat dalam nahas membabitkan helikopter di kawasan Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat pada Ahad.

Ketika kejadian, enam penumpang dan seorang juruterbang berada di dalam helikopter terbabit.

Menurut saksi, Teddy Fujimoto, yang kebetulan berada di tempat kejadian, beliau melihat api dan kepulan asap di tapak bangkai helikopter itu terhempas.

Beliau juga mendakwa mendengar beberapa letupan sebelum melihat beberapa mangsa yang tercampak di kawasan berkenaan dengan keadaan cederah parah dan terbakar.

Keadaan kawasan terbabit yang terpencil dan gelap menyebabkan usahawa awal untuk menyelamat mangsa berdepan kesukaran.

Mereka yang selamat dalam nahas tersebut dikejarkan ke salah satu hospital di Las Vegas, Nevada.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti mangsa yang terlibat dan siasatan terhadap punca nahas masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here