3 maut dijangkiti 'hantavirus'

0
12


WASHINGTON: Tiga maut akibat dijangkiti virus bawaan tikus ‘hantavirus’ yang jarang berlaku di ibu negara Amerika Syarikat itu, sejak Februari lalu.

Ia adalah penularan terburuk wabak itu di Washington dalam tempoh 18 tahun, lapor pihak berkuasa kesihatan kerajaan.

Negeri itu merekodkan lima kes jangkitan disahkan dengan tiga kematian. Ia adalah jumlah korban tertinggi akibat virus berkenaan dalam tempoh setahun.

Virus itu kali pertama dikenal pasti di empat wilayah di barat daya Amerika Syarikat pada 1993.

Penyakit itu dipindahkan kepada manusia daripada spesies tikus rusa sama ada menerusi sentuhan langsung, najis, air liur, sarang tikus atau menghidu debu dijangkiti virus berkenaan.

Mangsa dalam kes terbaru itu adalah lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 20-an sehingga 50-an di empat daerah di negeri itu, kata jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri Washington, David Johnson. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here