3 maut, kem pelarian Syria terbakar

0
12


BEIRUT: Satu kebakaran besar di kem menempatkan pelarian Syria di Lembah Bekaa di sini, meragut tiga nyawa, lapor media Lubnan hari ini.

Api dan asap tebal dilihat menyelubungi lokasi kejadian, terletak berhampiran bandar Qab Elias, kira-kira sejam perjalanan dari timur ibu kota ini dan sekurang-kurangnya satu letupan dilihat dalam rakaman disiarkan stesen MTV Lubnan.

Sumber keselamatan berkata, punca kebakaran masih belum diketahui.

Lubnan menempatkan sekurang-kurangnya sejuta pelarian Syria berdaftar, kebanyakannya ditempatkan di khemah pelarian yang dibina di merata tempat di negara itu.

Menurut kerajaan, ada kira-kira 1.5 juta rakyat Syria di Lubnan ketika ini. -Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here