3 rakyat M'sia disiasat di Manchester selamat

0
58



Tiga rakyat Malaysia yang disiasat berhubung kes serangan bom di Manchester berada dalam keadaan selamat setelah ditahan polis hampir empat jam semalam.

“Saya telah pun berkomunikasi secara langsung dengan ketiga-tiga pelajar berkenaan, dan suka dimaklumkan bahawa mereka berada di dalam keadaan yang selamat,” kata Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara (BPLN) Umno Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican.

Katanya, beliau secara peribadi saya mengenali dan pernah bertemu dengan dua daripada tiga pelajar tersebut, ketika program ramah mesra bersama pelajar awal tahun ini.

Polis Manchester menahan tiga pelajar Malaysia sebagai sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa England berhubung serangan bom di bandar raya itu.

Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan terjejas supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan hari ini, Reezal berkata pembebasan tiga rakyat Malaysia itu dibuat tanpa sebarang syarat.

BPLN juga merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama penuh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang menuntut di United Kingdom.

Manchester digegarkan dengan serangan bom sejurus selepas penyanyi Ariana Grande membuat persembahan, menyebabkan lebih 20 orang maut, termasuk pengebom berani mati yang dipercayai anggota kumpulan pengganas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here