30 imam Eropah berhimpun tolak keganasan

0
13


30 pemimpin Islam dari seluruh Eropah berkumpul untuk mengadakan perhimpunan terhadap keganasan di Berlin. – Foto AFP

BERLIN: Kira-kira 30 pemimpin Islam dari seluruh Eropah berhimpun hari ini untuk membantah menentang keganasan di lokasi serangan rempuhan maut Disember lalu, didakwa dilakukan militan Daesh.

Acara itu yang menarik beberapa ratus peserta, adalah sebahagian daripada ‘Perarakan Muslim Menentang Keganasan’ hasil inisiatif imam yang menaiki bas dari Paris semalam.

Perhimpunan di ibu kota Jerman itu diadakan di Dataran Breitscheidplatz, lokasi serangan di mana seorang rakyat Tunisia yang gagal dalam cubaan mendapatkan suaka, merempuh ke arah orang ramai di sebuah pasar Krismas dengan menggunakan lori hingga meragut 12 nyawa.

Pemimpin Islam itu turut berdoa untuk mangsa, sambil disertai penduduk Islam tempatan serta wakil penganut Kristian dan Yahudi.

Imam Hocine Drouiche dari Nimes di selatan Perancis dipetik sebagai berkata, acara itu bertujuan menghantar ‘mesej persaudaraan menentang keganasan’.

Program terbabit turut mendapat pujian paderi ibu kota ini, Markus Droege yang berkata, keganasan dan kebencian adalah satu pengkhianatan terhadap kepercayaan dan institusi ketuhanan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here