30 maut kartel dadah Mexico berebut kawasan

0
59


CULIACAN: Sekurang-kurangnya 30 orang maut di negeri Sinaloa, Mexico hujung minggu lalu akibat pertempuran berdarah antara geng dadah yang berebut kawasan.

Sinaloa terletak di pesisir utara Mexico adalah tempat penyeludup dadah utama negara itu. Selepas tenang seketika, kes tembakan, keganasan dan mayat dibuang melonjak, tahun lalu.

Penganalisis mencadangkan punca lonjakan keganasan itu adalah perang kawasan antara beberapa kartel dadah di Sinaloa, susulan penangkapan raja dadah Joaquin “EL Chapo” Guzman. Dia dihantar ke Amerika Syarikat pada Januari lalu.

Kerajaan negeri Sinaloa mengadakan mesyuarat tergempar pasukan keselamatan, kelmarin untuk membincangkan lonjakan keganasan itu dan untuk merancang tindak balas.

Keganasan turut tercetus di bahagian lain di Mexico dengan Mei lalu merekodkan 2,186 pembunuhan, jumlah tertinggi dalam rekod negara itu sejak 1997.

Bagaimanapun, daftar kes itu tidak menyatakan jumlah kematian yang disebabkan kes dadah. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here