30 pendatang mati lemas di Mediterranean

0
44


FOTO hiasan.

ROME: Sekurang-kurangnya 30 pendatang termasuk kanak-kanak mati lemas apabila terjatuh dari kapal yang sesak dengan penumpang di Mediterranean.

Insiden itu menyaksikan ketegangan memuncak antara kapal bantuan dan pengawal pantai Libya.

“Keadaan kritikal hari ini. Kira-kira 200 orang jatuh ke dalam air,” kata jurucakap pengawal pantai manakala pekerja kemanusiaan di lokasi kejadian berkata, 31 mayat sudah ditemui.

Pendatang berada dalam bot kayu membawa antara 500 dan 700 orang dan cuma 20 batu nautika (37 kilometer) di luar pantai Libya ketika kemalangan.

Kru bot bantuan Phoenix, yang disewa pertubuhan bukan kerajaan Malta, Moas, memulakan usaha menyelamat dan mengedarkan jaket keselamatan apabila ramai pendatang di atas dek terjatuh ke dalam air, kemungkinan dipukul ombak.

“Bukan adegan filem seram. Tragedi sebenar di pintu masuk Eropah hari ini.

“Anggota penyelamat cuba memecahkan pemegang pintu yang dikunci, menyebabkan ratusan pendatang terperangkap,” kata pengasas bersama Moas, Chris Catrambone, yang berada dalam Phoenix dan foto disiarkan menunjukkan bungkusan putih berisi mayat disusun di atas dek.

Dengan bantuan kapal pengawal pantai Itali dan beberapa kapal komersial, anggota penyelamat bergelut mengheret seramai yang boleh keluar dari air, manakala pesawat tentera menjatuhkan pelampung dan helikopter mencari mangsa terselamat. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here