3,000 ditahan bantahan antikerajaan di Venezuela

0
45


CARACAS: Polis Venezuela menahan hampir 3,000 orang dalam masa dua bulan sejak gelombang bantahan antikerajaan meletus.

Pencabar Presiden Nicolas Maduro menuduh beliau menindas penunjuk perasaan yang menggesa pilihan raya diadakan untuk menyingkirkan dirinya.

Maduro pula menuduh mereka cuma mahu merampas kuasa.

Forum Keadilan Jenayah menyatakan 2,977 ditahan ketika ketegangan, dengan 1,352 masih dalam tahanan, kata pengarahnya, Alfredo Romero.

Daripada jumlah itu, 197 dipenjarakan selepas dihukum mahkamah tentera, kata peguam kumpulan itu, Alonso Medina.

“Inilah situasi yang berlaku di bawah rejim diktator,” kata Medina.

Pendakwa raya berkata, 60 maut dalam keganasan dikaitkan dengan bantahan sejak ia berlaku pada 1 April lalu, kebanyakannya ditembak mati.

Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah.

Sementara itu, penunjuk perasaan membaling molotov dan batu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here