32 hilang dalam insiden kapal tangki Iran berlanggar di timur China

0
119
Advertisement

BEIJING: Sekurang-kurangnya 32 orang termasuk 30 daripadanya rakyat Iran dilaporkan hilang dalam satu kejadian perlanggaran membabitkan sebuah kapal tangki dan kapal kargo di timur China pada Ahad.

Sumber Kementerian Pengangkutan China memaklumkan, kemalangan yang berlaku menyebabkan kapal yang membawa 136 ribu tan minyak mentah terbakar.

Dalam kenyataan tersebut, kesemua 32 kru kapal termasuk dua rakyat Bangladesh masih belum ditemui.

Menurut kenyataan itu juga, kru kapal kargo pula bagaimanapun dapat diselamatkan.

Ketika kejadian kapal malang terbabit sedang berlayar dari Iran menuju Korea Selatan.

Sehingga jam 1.00 petang waktu tempatan, kapal terbabit dilaporkan masih terbakar dan usaha menyelamat sedang giat dilakukan.

Selain China, Korea Selatan turut menghantar helikopter dan kapal bantuan.

Kapal yang dinamakan Sachi itu dibina pada 2008 dan diuruskan oleh National Iranian Tanker Co (NITC).

Ia berlanggar dengan kapal CF Crystal yang didaftarkan di Hong Kong.

Ini kali kedua kapal Iran itu bertembung dengan sebuah kapal lain.

Pada 2016 ia melanggar sebuah kapal kontena di Selat Singapura namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here