35 anggota Daesh cuba larikan diri terbunuh

0
16


FOTO hiasan.

MOSUL : Seramai 35 anggota militan Daesh terbunuh manakala enam lagi berjaya ditangkap pasukan keselamatan Iraq ketika cuba melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Tigris.

Komander Kanan Pasukan Anti Pengganas Iraq, Leftenan Jeneral Abdulghani al-Assadi berkata, kumpulan itu cuba melepasi bahagian barat Sungai Tigris namun berjaya dikepung pasukan keselamatan yang berkawal di lokasi.

“Mereka cuba berpatah balik tetapi pasukan keselamatan terus melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sebahagian besar anggota dalam kumpulan itu,” katanya.

Militan berkenaan sehingga kini masih berlindung di Kota Lama Mosul, iaitu sebuah kawasan padat dengan penduduk serta dipenuhi dengan pelbagai laluan sempit dan bangunan yang berdekatan antara satu sama lain.

Misi menawan semula Mosul dari penguasaan Daesh dianggap antara paling sukar setakat ini berikutan kawasan itu turut dihuni penduduk setempat yang terperangkap di sana. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here