35 orang awam terbunuh di Syria

0
43


BEIRUT: Sekurang-kurangnya 35 orang awam terbunuh dalam serangan udara oleh tentera pakatan, yang diketuai Amerika Syarikat di kubu kuat Daesh di timur Syria.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu berjaya memusnahkan beberapa bangunan kediaman di Mayadeen, sebuah bandar di timur wilayah Deir Ezzor, Syria, yang kaya dengan minyak.

Ketua Pemerhati, Abdel Rahman, berkata sekurang-kurangnya 26 ahli keluarga militan Daesh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta warga Syria dan Maghribi terbunuh dalam serangan itu.

“Sembilan lagi adalah orang awam Syria, termasuk lima kanak-kanak,” katanya.

Angka korban dalam serangan dua hari berturut-turut tentera pakatan ke atas Mayadeen kini mencecah 50 orang, termasuk 15 orang pada Rabu lalu.

Pemerhati yang berpangkalan di Britain melaporkan, kejadian itu mencatatkan jumlah angka korban tertinggi membabitkan orang awam sejak tentera pakatan mula mengebom Syria pada 23 September 2014. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here