36 maut dalam nahas jalan raya di China

0
10

X’IAN: Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam nahas jalan raya di barat laut wilayah Shaanxi China malam tadi, lapor agensi berita China Xinhua. Menurut Pejabat Pentadbiran Keselamatan Pekerjaan Negeri, nahas berlaku pukul 11.34 malam di bandar Ankang, membabitkan sebuah bas membawa 49 pelatih, terbabas sebelum merempuh tembok terowong Qinling di Lebuhraya ¬†Beijing-Kunming.¬†

Bas milik Luoyang Transportation Group Co, Ltd itu, dalam perjalanan dari bandar Chengdu menuju ke bandar Luoyang di wilayah Henan.¬† — BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here