4 atlet Jepun langgan pelacur dihantar pulang

0
247
Advertisement



JAKARTA: Empat pemain bola keranjang Jepun yang mewakili negara itu pada Sukan Asia dihantar pulang dalam keadaan memalukan kerana dakwaan mendapatkan khidmat seks daripada pelacur, kata Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC) hari ini.

Mereka dikesan di daerah panas terkenal di Jakarta dengan memakai jersi kebangsaan minggu lalu, kata pegawai JOC kepada sidang akhbar, berkata quartet itu diarahkan pulang segera.

Berita penyingkiran Yuya Nagayoshi, Takuya Hashimoto, Takuma Sato dan Keita Imamura menjadi aib besar kepada Jepun, yang terpaksa menghantar pulang perenangnya pada Sukan Asia 2014 kerana mencuri kamera wartawan.

“Saya amat malu. Kami meminta maaf dan akan memberikan garis panduan menyeluruh kepada atlit bermula hari ini,” kata Chef de mission Jepun, Yasuhiro Yamashita.

Pemain bola keranjang itu menikmati makan malam selepas meninggalkan perkampungan Sukan dan dipercayai dipujuk oleh tukang urut jalanan supaya mengunjungi hotel dengan pelacur.

“Saya mahu meminta maaf kerana rakyat Jepun, JOC dan semua yang menyokong bola keranjang kerana kejadian memalukan ini.

“Kami akan memutuskan hukuman bersesuaian dengan empat pemain itu sebaik mendengar semua fakta.

“Kami perlu bekerja keras memastikan skandal ini tidak berlaku lagi,” kata ketua pasukan bola keranjang Jepun, Yuko Mitsuya, dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here