4 maut dalam rempuhan di stadium

0
51


SEKURANG-KURANGNYA empat orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila penonton merempuh masuk ke stadium untuk menyaksikan aksi final bola sepak. – Foto AFP

TEGUCIGALPA, Honduras: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila penonton merempuh masuk ke stadium untuk menyaksikan aksi final bola sepak, di sini.

Insiden itu berlaku sebelum sepak mula perlawanan antara Motagua dan Honduras Progreso di Stadium Nasional, yang mampu memuatkan 35,000 penonton dalam satu masa.

Jurucakap hospital, Miguel Osorio, yang mengesahkan insiden terbabit mendakwa kejadian itu turut membabitkan kanak-kanak.

Pegawai bomba Honduras, Oscar Triminio, berkata buat masa ini, pihaknya mengesahkan seramai 25 orang mengalami kecederaan dalam insiden rempuhan itu. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here