4 maut dirempuh kereta api

0
244
Advertisement



Jakarta: Empat orang maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta api sebelum terbakar di Grobogan, Jawa Tengah kelmarin.

Kejadian berlaku apabila kereta api Argo Bromo Anggrek merempuh kenderaan jenis Toyota Avanza yang melintas landasan berhampiran Stesen Sedadi di kampung Nagrok di daerah Toroh.

Jurucakap polis memberitahu, kenderaan itu diseret sejauh 500 meter sebelum terbakar. Semua penumpang maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Stesen Pasar Suri di Surabaya menuju ke Stesen Gambir di Jakarta.

Jurucakap syarikat kereta api PT KAI, Edy Koeswoyo berkata, kejadian berlaku di lintasan haram di kawasan berkenaan.

“Lintasan ini dibuat secara haram oleh penduduk dan tidak mempunyai sebarang papan tanda atau penghadang,” katanya.

Menurutnya, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan semua mayat mangsa yang rentung dalam kenderaan itu.

Tambahnya, kereta api itu meneruskan perjalanan menuju ke Jakarta selepas kenderaan yang remuk itu dialihkan dari landasan. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here