4 maut terkena tembakan di pantai Tripoli

0
25


TRIPOLI: Dua wanita dan dua budak perempuan terbunuh selepas terkena peluru meriam di pantai berhampiran lapangan terbang Mitiga di ibu kota Libya, di sini, semalam.

Pegawai hospital Mohamed Ben Khalil berkata kepada saluran tempatan Al-Ahrar, peluru terbabit turut mencederakan 15 lain.

Gambar dipaparkan di media sosial menunjukkan kesan kemusnahan akibat serangan berkenaan.

“Insiden itu adalah kesan pertempuran semalam antara pasukan keselamatan dan penjenayah yang melepaskan tembakan termasuk mengenai pantai berhampiran lapangan terbang Mitiga, ” kata Menteri Dalam Negeri, Abdulsalam Ashour, kepada Al-Ahrar.

Laporan lain mendakwa, peluru meriam itu dilepaskan ketika serangan balas terhadap puak bersenjata di ibu negara.

Ibu kota itu menjadi pusat kepada kumpulan bersenjata yang menguasai sebahagian Mitiga dan kawasan sekitarnya.

Pantai yang terletak berhampiran lapangan terbang di tengah bandar itu terkenal menjadi tarikan keluarga terutama pada malam musim panas.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here