4 pendaki mati di Everest

0
63


KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal tidak dapat mengenal pasti empat mayat yang ditemui di Gunung Everest semalam yang disyaki sudah mati beberapa tahun lalu.

Mereka ditemui di Kem Empat pada ketinggian 7,950 meter oleh pasukan keselamatan yang berada di sana untuk mengambil mayat pendaki dari Slovakia yang mati di situ pada Ahad.

“Anggota penyelamat menemui mayat empat pendaki dalam khemah di Kem Empat, semalam. Kami belum ada maklumat terperinci mengenai identiti dan bagaimana mereka mati,” kata Sherpa Mingma, ketua Seven Summit Treks, agensi ekspedisi dan operasi penyelamat yang berpangkalan di sini.

Menurut media tempatan, dua daripada mayat itu adalah pendaki warga asing dan dua lagi dipercayai sherpa Nepal.

Jabatan pelancongan Nepal hari ini juga memberitahu tidak dapat mengenal pasti mayat berkenaan.

“Sumber kami di kem juga tidak dapat mengesahkan jika ada pasukan pendaki yang hilang beberapa tahun sebelum ini,” kata jurucakap jabatan itu, Durga Dutta Dhakal. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here