4 singa terlepas

0
40


– Foto hiasan

JOHANNESBURG: Renjer hidupan liar, hari ini melancarkan gerakan memburu empat ekor singa yang terlepas dari taman negara utama Afrika Selatan.

Singa jantan berkenaan terlepas dari Taman Negara Kruger, tarikan utama pelancong, malam semalam dan kali terakhir dilihat di kampung Matsulu, kata Taman Negara Afrika Selatan dalam kenyataan.

Kawasan sekitar Kruger mempunyai kampung dan ladang lembu, menjadikan penduduk dan haiwan ternakan dalam risiko diserang.

Pada Mei lalu, agensi itu menangkap lima singa yang terlepas dari taman sama.

Pada 2015, singa dinamakan Sylvester menyelinap di bawah pagar elektrik di sebuah taman negara lain dan terlepas selama tiga minggu, membunuh biri-biri sebelum ia ditangkap renjer ketika tidur. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here