40 maut, letupan di Kabul

0
38


MANGSA yang tercedera dikejarkan ke Hospital Kabul untuk rawatan. – Foto Reuters

KABUL : Sekurang-kurangnya 40 maut manakala 67 lagi cedera selepas satu letupan kuat menggegarkan kawasan diplomatik di Kabul, awal pagi tadi.

Jurucakap Kementerian Dalaman, Najib Danish, bagaimanapun tidak dapat memberikan pecahan jumlah kematian itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, kebanyakan mangsa tercedera adalah orang awam dan mereka dikejarkan ke Hospital Kabul untuk rawatan.

“Kami masih tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang maut,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here