5 anggota bomba cedera, bangunan musnah dalam kebakaran besar di California

0
159
Advertisement

SANTA ROSA: Kebakaran yang melanda Santa Cruz, California kini semakin merebak sehingga memusnahkan beberapa bangunan dan mencederakan lima anggota bomba.

Jabatan Perlindungan Perhutanan dan Kebakaran California berkata setakat ini kebakaran itu telah merebak ke kawasan seluas 150 ekar.

Kira-kira 150 isi rumah telah dipindahkan dan puluhan orang berada di dua pusat pemindahan.

Asap tebal boleh dilihat pada jarak hampir 32 kilometer.

Kebakaran juga menghampiri kawasan Universiti of California.

Pegawai mengeluarkan notis kepada pelajar, jika keadaan semakin buruk, amaran kecemasan akan dikeluarkan untuk mereka meninggalkan kediaman masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here