5 hilang dalam kejadian letupan pelantar di Oklahoma

0
153
Advertisement

QUINTON: Lima hilang susulan kejadian letupan di pelantar penggerudian di bandar Quinton, timur Oklahoma.

Dalam kejadian 8.45 pagi (waktu tempatan) 20 pekerja dilaporkan berada di tapak penggerudian gas asli berkenaan.

Menurut pegawai kecemasan di daerah Pittsburg, tiga helikopter yang dilengkapi pasukan perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Pada masa sama jurucakap pengurus kecemasan pejabat Oklahoma menjelaskan pihaknya belum dapat memastikan angka kematian dan jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Tapak penggerudian dipercayai dikendali Red Mountain Energy dan setakat ini syarikat itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here