5 kampung dalam zon pengawasan

0
46



Petra Jaya: Pemilik anjing di lima kampung di Serian yang dikenal pasti dijangkiti virus rabies perlu memastikan haiwan peliharaan mereka itu diberi vaksin bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sepasukan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah dihantar ke kawasan terbabit semalam untuk melaksanakan operasi berkenaan.

Beliau berkata, lima kampung diletakkan dalam zon pengawasan itu ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.

Menurutnya, kelima-lima kampung itu kini diwartakan mengikut Seksyen 37, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

“Saya sudah mengeluarkan arahan supaya semua anjing peliharaan dalam radius 10 kilometer dari kawasan yang dijangkiti supaya diberi vaksin antirabies.

“Penduduk di kawasan terbabit harus memberi kerjasama dalam operasi vaksin itu kerana penyakit berkenaan kini agak membimbangkan walaupun keadaan terkawal,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here